Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cctv Semua Lebuh Raya Perlu Dianalisa Setiap Hari Tkpn

Diterbitkan: 08 May 2015 4.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 7 Mei - Kamera litar tertutup (CCTV) di semua lebuh raya perlu dianalisa setiap hari bagi mengekang kegiatan lumba haram di kawasan berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cctv-semua-lebuh-raya-perlu-dianalisa-setiap-hari-tkpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:50 MYT


Kuala Lumpur, 7 Mei - Kamera litar tertutup (CCTV) di semua lebuh raya perlu dianalisa setiap hari bagi mengekang kegiatan lumba haram di kawasan berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Dato' Muhd Fuad Abu Zarim untuk merancang tindakan yang lebih proaktif melibatkan pemeriksaan CCTV di setiap lebuh raya.

"Polis perlu menganalisa dan membuat kajian jika didapati ada motosikal atau kereta cuba berlumba di lebuh raya supaya tindakan segera dapat diambil," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Pegawai Kanan Polis Wanita 2015 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) di sini.

Noor Rashid berkata demikian mengulas kemalangan pada Sabtu lepas, membabitkan tiga buah kenderaan di Km6.2 Lebuhraya Duke dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta, yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi perempuan berusia tujuh bulan.

Dalam perkembangan lain, Noor Rashid berkata polis sedang mempertimbangkan sama ada untuk menjalankan siasatan atau sebaliknya, berhubung kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dalam satu ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Mengenai sasaran 30 peratus atau 40,000 anggota polis terdiri dalam kalangan wanita, beliau berkata PDRM menyasarkan tempoh lima tahun lagi bagi mencapai sasaran tersebut.

"Pada masa ini, wanita mewakili 12.9 peratus atau 14,714 anggota polis di seluruh negara. Setakat ini, PDRM mempunyai 2,189 pegawai kanan daripada kaum hawa dan 12,525 anggota lain-lain pangkat," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 May 2015 4.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM