Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cawangan Khas Muncul Juara Keseluruhan Karnival Memasak Perkep Malaysia

Published: 12 Nov 2019 11.52 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tampil dengan idea kreatif dan menu yang autentik, Cawangan Khas berjaya muncul sebagai johan keseluruhan mengalahkan peserta dari jabatan yang lain sempena Karnival Memasak Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Aman, di sini, pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cawangan-khas-muncul-juara-keseluruhan-karnival-memasak-perkep-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:28 MYT

Kuala Lumpur, 12 November 2019 – Tampil dengan idea kreatif dan menu yang autentik, Cawangan Khas berjaya muncul sebagai johan keseluruhan mengalahkan peserta dari jabatan yang lain sempena Karnival Memasak Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Aman, di sini, pagi ini. 

Dua kategori yang dipertandingkan sempena karnival tersebut iaitu hiasan gerai tercantik dan persembahan makanan berjaya memberikan peluang kepada peserta mempamerkan bakat dan skil golongan wanita yang begitu sinonim dengan dunia masakan. 

“Kehebatan golongan wanita memang tidak dapat disangkal lagi dan mereka juga mempunyai magis yang sangat luar biasa kerana sentuhan masakan mereka mampu mengikat kasih dalam rumah tangga,” kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador ketika majlis penutup karnival tersebut tadi.

Sempena karnival tersebut juga turut diadakan satu ceramah khas bertajuk 'Halalan Toyiban' yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep halal oleh Penolong Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Muhamad Hannan Syafiq Jamaluddin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta warga PDRM.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing, beard and indoor
Sesi penyampaian hadiah kepada johan kategori hiasan gerai tercantik dan persembahan makanan yang dirangkul oleh PERKEP Cawangan Khas.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor
Sesi penyampaian hadiah tempat kedua yang disandang oleh PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi kategori hiasan gerai tercantik.

Image may contain: 9 people, people standing

Sesi taklimat ringkas sebelum pertandingan bermula.

Image may contain: 2 people, people smiling
Sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Chef Selebriti, Chef Mohd Fikree Najib Aznan.

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting, indoor and food
Sekitar Karnival Pertandingan Memasak PERKEP Malaysia Tahun 2019 berlangsung.

Image may contain: food
Antara menu masakan yang dihidangkan untuk penilaian oleh para juri profesional.
 

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Sesi penilaian oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki dan Chef Selebriti, Chef Mohd Fikree Najib Aznan.

Image may contain: 2 people, people standing
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Karnival Pertandingan Memasak PERKEP Malaysia Tahun 2019.

Image may contain: 3 people, people smiling, table, food and indoor
Sekitar Karnival Pertandingan Memasak PERKEP Malaysia Tahun 2019 berlangsung.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

ArticlePublished 12 Nov 2019 11.52 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM