
Cawangan Khas Muncul Juara Keseluruhan Karnival Memasak Perkep Malaysia
Kuala Lumpur, 12 November 2019 – Tampil dengan idea kreatif dan menu yang autentik, Cawangan Khas berjaya muncul sebagai johan keseluruhan mengalahkan peserta dari jabatan yang lain sempena Karnival Memasak Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Aman, di sini, pagi ini.
Dua kategori yang dipertandingkan sempena karnival tersebut iaitu hiasan gerai tercantik dan persembahan makanan berjaya memberikan peluang kepada peserta mempamerkan bakat dan skil golongan wanita yang begitu sinonim dengan dunia masakan.
“Kehebatan golongan wanita memang tidak dapat disangkal lagi dan mereka juga mempunyai magis yang sangat luar biasa kerana sentuhan masakan mereka mampu mengikat kasih dalam rumah tangga,” kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador ketika majlis penutup karnival tersebut tadi.
Sempena karnival tersebut juga turut diadakan satu ceramah khas bertajuk 'Halalan Toyiban' yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep halal oleh Penolong Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Muhamad Hannan Syafiq Jamaluddin.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta warga PDRM.
Sesi penyampaian hadiah kepada johan kategori hiasan gerai tercantik dan persembahan makanan yang dirangkul oleh PERKEP Cawangan Khas.
Sesi penyampaian hadiah tempat kedua yang disandang oleh PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi kategori hiasan gerai tercantik.
Sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Chef Selebriti, Chef Mohd Fikree Najib Aznan.
Sekitar Karnival Pertandingan Memasak PERKEP Malaysia Tahun 2019 berlangsung.
Antara menu masakan yang dihidangkan untuk penilaian oleh para juri profesional.
Sesi penilaian oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki dan Chef Selebriti, Chef Mohd Fikree Najib Aznan.
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Karnival Pertandingan Memasak PERKEP Malaysia Tahun 2019.
Bergambar kenangan.