Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm

Published: 10 Jun 2014 6.57 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
Sekali lagi PDRM telah mencatat lipatan sejarah baru dengan perlantikan YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani sebagai Pegarah Jabatan Pengurusan baru menggantikan YDH Dato' Abdul Razak bin Hj Bokhari ya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/catatan-sejarah-tercipta-lagi-di-dalam-organisasi-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:54 MYT
Bukit Aman - 20 Disember 2010.

Sekali lagi PDRM telah mencatat lipatan sejarah baru dengan perlantikan YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan baru menggantikan YDH Dato' Abdul Razak bin Hj Bokhari yang telah bersara wajib bulan September lalu. Perlantikan YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani ini sekaligus telah melengkapkan barisan Pengarah jabatan Bukit Aman, hari ini.

Setelah 2 tahun menerajui Kontinjen Pahang, beliau sekali lagi telah diberi mandat oleh pucuk pimpinan tertinggi, YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar untuk menjawat jawatan Pengarah Jabatan Pengurusan. Mempunyai kredibiliti dan sifat kepimpinan yang tinggi, Beliau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk bersama-sama barisan pengarah jabatan untuk memimpin pasukan polis.

YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Memulakan perkhidmatan dalam pasukan polis pada 15 Disember 1974 sebagai Inspektor Percubaan. 14 Julai 2008 dengan pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP), beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Pahang dan kini telah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di antara YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan dengan YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani telah berlangsung di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pagi ini dan disaksikan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, "Melalui pengurusan, kita mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan berkesan kepada masyarakat dengan melahirkan anggota polis yang berdisiplin. Selain itu, kebajikan pegawai dan anggota dalam pasukan dijaga untuk memastikan kesihatan mereka terjaga bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipikul pada setiap masa yang diperlukan".

Majlis bermula seawal jam pagi ini dihadiri oleh Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan Pengarah, Pegawai kanan polis, Anggota polis dan kakitangan awam.


Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm
Pemakaian pangkat CP disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm
Majlis Tandatangan Terima Tugas jawatan Pengarah Pengurusan di antara YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani dan YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm
Penyerahan fail penugasan..

Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm
Antara yang hadir majlis pagi ini.

Catatan Sejarah Tercipta Lagi Di Dalam Organisasi Pdrm
Barisan Pengarah Jabatan yang telah lengkap bergambar bersama Pucuk Pimpinan PDRM.

Jurufoto    : L/Kpl Edwin Indo
Wartawan   : L/Kpl Mohd Helmi bin Mahmad
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah
ArticlePublished 10 Jun 2014 6.57 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM