Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Carlos Diburu Tiga Rakan Diberkas Disyaki Cuba Larikan Mesin Deposit

Diterbitkan: 23 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga daripada empat suspek diberkas kerana disyaki cuba melarikan mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Sadong Jaya pada 13 Ogos lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/carlos-diburu-tiga-rakan-diberkas-disyaki-cuba-larikan-mesin-deposit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:05 MYT

Kota Kinabalu, 23 Ogos - Tiga daripada empat suspek diberkas kerana disyaki cuba melarikan mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Sadong Jaya pada 13 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mereka yang berumur antara 36 hingga 47 tahun diberkas sekitar sini dan Penampang dalam tempoh seminggu selepas kejadian.

Beliau berkata kumpulan terbabit cuba mencuri mesin itu dengan menggunakan tali kanvas yang dipasang pada kenderaan untuk ditarik, namun tali tersebut telah terputus.

Tali kanvas itu beserta dua buah kenderaan telah dirampas, katanya.

Jalaluddin berkata seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Adahlan Aliamat (Carlos), 45, sedang diburu.

Sementara itu beliau berkata pihak polis dapat menyelesaikan tiga kes samun berhampiran Hotel Ming Garden di sini dan di Tanjung Aru sebelum ini dengan tertangkapnya lapan individu yang berumur antara 15 hingga 21 tahun termasuk empat orang rakyat asing.

Tujuh suspek yang kesemuanya pelajar turut ditahan berkaitan kes samun di Tanjung Lipat pada Khamis lalu, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM