Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

C Cop Sebagai Pemangkin Kerjasama Pdrm Dan Masyarakat

Published: 10 Jun 2014 9.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program ini berorientasikan masyarakat selaras dengan salah satu visi 4P PDRM-'People Oriented' dalam strategi pelaksanaan kerjasama bersama masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab dalam pembanterasa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/c-cop-sebagai-pemangkin-kerjasama-pdrm-dan-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:52 MYT

Ipoh, 1 Februari 2011 - Sejajar dengan konsep 'omni-presence' PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sekali lagi telah melebarkan khidmat PDRM bersama masyarakat dengan menjayakan aktiviti C-COP bagi kawasan Balai Polis Pusat dengan komuniti sekitar bandar Ipoh.

 

Aktiviti tersebut diadakan di persekitaran Balai Polis Pusat Bandar Ipoh dengan dihadiri Ketua Polis Daerah Ipoh, YDH ACP Azisman bin Alias bersama Timbalannya, YDH Supt Mohad Isa bin Haji Husin dan pegawai-pegawai kanan IPD Ipoh.

 

Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Taman Merdeka, Taman Wing Oon, Taman Cherry, Kpg. Kepayang, Taman Lim dan Hinta Height bagi melancarkan perjalanan program tersebut.

 

Program ini berorientasikan masyarakat selaras dengan salah satu Konsep 4P - 'People Oriented' dalam strategi pelaksanaan kerjasama untuk berkongsi tanggungjawab dalam membanteras jenayah.

 

Dalam pada masa yang sama, pihak polis juga dapat mempertingkatkan komunikasi dengan masyarakat dan ini merupakan satu kelebihan dalam memberikan impak yang positif terhadap pengurusan saluran sesuatu maklumat berkaitan jenayah daripada masyarakat setempat.

 

Sehubungan itu juga, kerjasama ini diharapkan berterusan dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan masyarakat digalakkan sentiasa tampil memberikan bantuan dan buah fikiran dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan PDRM kepada negara.

C Cop Sebagai Pemangkin Kerjasama Pdrm Dan Masyarakat
Sesi dialog bersama AJK Taman-taman Perumahan.

C Cop Sebagai Pemangkin Kerjasama Pdrm Dan Masyarakat
Antara yang hadir dalam program ini..

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh
Suntingan: Unit Laman Web PDRM

ArticlePublished 10 Jun 2014 9.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM