Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Buruh Ditahan Miliki Pistol Palsu Dan Dadah Di George Town

Diterbitkan: 25 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol palsu serta sejumlah dadah jenis ganja di sebuah pondok di tepi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buruh-ditahan-miliki-pistol-palsu-dan-dadah-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:21 MYT

George Town, 25 Okt - Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol palsu serta sejumlah dadah jenis ganja di sebuah pondok di tepi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis telah membuat pemerhatian di hadapan sebuah pangsapuri kira-kira pukul 4.50 petang sebelum ternampak lelaki berusia
30 tahun itu dalam keadaan mencurigakan.

"Polis kemudiannya mengekori lelaki yang menunggang motosikal itu sehingga sampai di hadapan pondok di tepi lebuhraya berkenaan sebelum anggota memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol plastik bertulis Sig Sauer P2022 disyaki palsu berwarna hitam yang diselit pada pinggang lelaki itu.

Katanya pemeriksaan dalam jaket hitam dipakainya turut menjumpai sebungkus plastik mengandungi ketulan daun kering disyaki dadah jenis ganja.

Mior Faridalatrash berkata siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai buruh di majlis perbandaraan itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif dia menyimpan pistol palsu berkenaan dan daripada mana suspek mendapatkan bekalan dadah," katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu anggota sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah itu, katanya.

Beliau berkata lelaki yang positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM