Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Buruh Ditahan Miliki Koleksi Ratusan Dvd Lucah

Published: 24 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Akibat memiliki 513 cakera padat digital (DVD) lucah, seorang buruh ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Renek, Jabi dekat sini awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buruh-ditahan-miliki-koleksi-ratusan-dvd-lucah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT

Besut, 24 Nov - Akibat memiliki 513 cakera padat digital (DVD) lucah, seorang buruh ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Renek, Jabi dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menyerbu rumah suspek berusia 47 tahun itu untuk mengesan dadah.

"Bagaimanapun semasa melakukan pemeriksaan, lain yang kita cari, lain yang kita jumpa di mana anggota penyiasat menjumpai 513 DVD lucah pelbagai tajuk yang tersimpan di satu sudut rumah itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya siasatan awal terhadap suspek mendapati beliau tidak di bawah pengaruh dadah dan dia turut mengakui kesemua DVD lucah itu merupakan koleksinya sejak beberapa tahun lalu.

Suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua DVD lucah itu dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki filem lucah.- BERNAMA

ArticlePublished 24 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM