Seorang buruh warga Bangladesh didenda RM10,000 dan penjara enam hari oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam setelah mengaku bersalah atas tuduhan menawar suapan RM50 kepada anggota polis, Rabu lalu.
Hakim Rihaida Rafie turut memerintahkan Alamin, 34, dihukum penjara dua bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Alamin didakwa menawarkan suapan wang tunai RM50 kepada Koastabel Mohamad Faizal Ab Samad sebagai dorongan untuk melepaskan adiknya, Md Suman yang menunggang motosikal tanpa lesen.
Dia melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai runcit di Pengkalan Hulu kira-kira jam 4.15 petang pada 2 Jun 2015.
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dan lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Sumber: Sinar Harian.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Buruh Dipenjara Enam Hari Denda
Mengikut pertuduhan, Alamin didakwa menawarkan suapan wang tunai RM50 kepada Koastabel Mohamad Faizal Ab Samad sebagai dorongan untuk melepaskan adiknya, Md Suman yang menunggang motosikal tanpa lesen.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buruh-dipenjara-enam-hari-denda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.