Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Buruh Bernafsu Binatang Dijel Sebat

Diterbitkan: 16 Aug 2016 12.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur - "Perbuatan tertuduh sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan hanya semata-mata melepaskan nafsu binatangnya."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buruh-bernafsu-binatang-dijel-sebat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:22 MYT


Kuala Lumpur - "Perbuatan tertuduh sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan hanya semata-mata melepaskan nafsu binatangnya."

Demikian tegas Hakim Datin M. Kunasundary yang menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 20 sebatan selepas seorang buruh warga Indonesia, menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks di luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada Mac lalu.

Tertuduh, Shamsul Ariffin Muhamad, 22, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan merogol manakala kesalahan melakukan seks di luar tabii pula penjara 10 tahun dan lapan sebatan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dari 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

Buruh Bernafsu Binatang Dijel Sebat


ArtikelDiterbitkan 16 Aug 2016 12.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM