Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bunuh Samun Penarik Kereta Ke Tali Gantung

Published: 16 Jun 2014 8.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUNUH & SAMUN, PENARIK KERETA KE TALI GANTUNG : Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati, selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita warga emas berusia 61 tahun, empat tahun lalu, di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bunuh-samun-penarik-kereta-ke-tali-gantung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:18 MYT

BUNUH & SAMUN, PENARIK KERETA KE TALI GANTUNG : Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati, selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita warga emas berusia 61 tahun, empat tahun lalu, di Mahkamah Tinggi,Johor, semalam.

Tertuduh, Khairul Eirman Aziz, 31, berasal dari Kampung Baru Penerok, Pontian berpakaian t-shirt hitam dan berseluar hitam, kelihatan tenang ketika hukuman tersebut dibacakan, manakala ahli keluarganya mengalir air mata.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh membunuh, Tan Kim Ayu sebelum melarikan barang kemas milik wanita terbabit termasuk cincin dan rantai serta sebuah kereta Perodua Kancil milik anak saudara mangsa.

Pemuda itu dituduh melakukan pembunuhan antara 5 pagi hingga 1.30 petang pada 29 November 2007 di rumah mangsa di Telok Kerang, Permas dekat Pontian.

Bunuh Samun Penarik Kereta Ke Tali Gantung

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM