Bunuh Samun Penarik Kereta Ke Tali Gantung
BUNUH
& SAMUN, PENARIK KERETA KE TALI GANTUNG : Seorang penarik kereta
dihukum gantung sampai mati, selepas didapati bersalah membunuh seorang
wanita warga emas berusia 61 tahun, empat tahun lalu, di Mahkamah
Tinggi,Johor, semalam.
Tertuduh,
Khairul Eirman Aziz, 31, berasal dari Kampung Baru Penerok, Pontian
berpakaian t-shirt hitam dan berseluar hitam, kelihatan tenang ketika
hukuman tersebut dibacakan, manakala ahli keluarganya mengalir air mata.
“Mahkamah
mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh membunuh, Tan
Kim Ayu sebelum melarikan barang kemas milik wanita terbabit termasuk
cincin dan rantai serta sebuah kereta Perodua Kancil milik anak saudara
mangsa.
Pemuda
itu dituduh melakukan pembunuhan antara 5 pagi hingga 1.30 petang pada
29 November 2007 di rumah mangsa di Telok Kerang, Permas dekat Pontian.
