Bukit Mertajam 23 Feb. - Polis sedang memburu empat anggota kumpulan kongsi gelap Geng 24 bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bulan lalu.
Mereka yang masih bersembunyi dalam negara dikenali sebagai Ong Teik Beng, 26, dan Tay King Ngee, 34, dari Sungai Ara, Bayan Lepas serta Lim Sin Tian, 20, dan Ewe Wai Beng, 19, dari Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
Dalam operasi yang dilancarkan pada 17 Februari lalu susulan kes berkenaan, seramai 26 lelaki ditahan iaitu 13 di Bukit Tengah, Bayan Lepas (8) dan di Kuala Lumpur (5) bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan 14 daripadanya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjong manakala 12 lagi dibebaskan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber: Utusan Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Bunuh 4 Ahli Kongsi Gelap Diburu
Polis sedang memburu empat anggota kumpulan kongsi gelap Geng 24 bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bunuh-4-ahli-kongsi-gelap-diburu
Scan to view the latest live version.