Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Buku Sprpdrm 2026 2030 Manifestasi Berterusan Integriti Warga Pasukan

Diterbitkan: 08 Jun 2026 7.22 AM Dikemas kini: 22 Sep 2026 11.38 PM
Peluncuran buku tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran PDRM bagi bulan Jun 2026 yang berlangsung di Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buku-sprpdrm-2026-2030-manifestasi-berterusan-integriti-warga-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:24 MYT
Putrajaya, 8 Jun 2026 – Buku Strategi Pembanterasan Rasuah PDRM (SPRPDRM) 2026-2030 menjadi manifestasi berterusan komitmen warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta ketelusan dalam pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan.

Peluncuran buku tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran PDRM bagi bulan Jun 2026 yang berlangsung di Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Aida Abdul Hamid.

Buku SPRPDRM 2026-2030 yang dilengkapkan dengan lima strategi dan 32 pelan tindakan itu berfungsi sebagai panduan strategik dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran integriti dalam PDRM secara lebih menyeluruh, sistematik dan progresif.

Turut berlangsung dalam majlis sama ialah Peluncuran Buku Kajian Tindakan Menangani Ancaman Jenayah Siber dan Buku Kajian Menangani Ancaman Jenayah Dadah dan Substans Negara bagi memperkukuh tadbir urus, keselamatan serta kesejahteraan negara secara menyeluruh.

Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyempurnakan penyampaian Sijil AI Ambassador KDN Tahun 2026 sebagai pengiktirafan kepada para pegawai yang menjayakan aspirasi “AI for KDN, KDN for AI”, selaras dengan Pelan Strategik AI KDN 2026–2030.

Para hadirin turut berkesempatan menyaksikan siaran langsung amanat khas Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim secara dalam talian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi.

Turut hadir, barisan Timbalan KSU KDN, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text that says '| AUDITORIUM, ARAS 5, SETIA PERKASA 8 JUN 2026 KOMPLEKS SETIA PERKASA, PUTRAJAY Mald! じ味す称® 情酒 ®

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, people studying, crowd, dais and text

May be an image of clarinet and text

May be an image of dais

May be an image of crowd and text

May be an image of text

May be an image of dais

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2026 7.22 AMDikemas kini 22 Sep 2026 11.38 PM