Sekumpulan lima ahli sindiket pakar ‘memasak’ dadah dikesan mempunyai buku resipi khas yang digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan dadah jenis syabu, heroin dan ketamin.
Sindiket membabitkan empat lelaki dan seorang wanita itu dikesan turut mengubah suai rumah teres di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang dijadikan makmal memasak dadah.
Kegiatan jenayah dipercayai beroperasi sejak awal tahun lalu itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menyerbu kediaman itu jam 4.30 petang kelmarin.
Sumber : Harian Metro