Article
Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Tinjau Operasi Dijalankan Ketua Polis Negeri Daerah Pembasmian Judi Haram
Kuala Lumpur, 6 November - Satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau...
Kuala Lumpur, 6 November - Satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau pegawai dan anggota pasukan itu yang bersengkokol dengan sindiket perjudian haram di seluruh negara.
Pengarahnya, Datuk Zubaidah Md. Ismail berkata, ketika ini pasukan khas dari Bukit Aman itu telah menggerakkan 10 kumpulan berbeza untuk memantau dan memerangi gejala judi haram hingga ke akar umbi.
Menurutnya, pasukan khas tersebut akan meninjau proses, pcnguatkuasaan yang dilakukan semua Ketua Polis negeri dan daerah, sekali gus memastikan tiada pusat judi haram beroperasi di negeri terbabit.
"JIPS diberi tanggungjawab sebagai badan pemantau untuk memastikan semua warga PDRM akur dan mematuhi segala prosedur serta arahan yang telah dikeluarkan oleh Bukit Aman.
"Pada masa sama, kita juga mahu memelihara kewibawaan pasukan. Jika serbuan dan penutupan premis telah di laksanakan, JIPS juga akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan premis judi haram berkenaan telah menghentikan operasi sepenuhnya " katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Sumber: Kosmo