Bukit Aman Diiktiraf Laksana Projek Rintis Tabika Transit Kemas
Kuala Lumpur, 11 April 2018 – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman secara rasminya telah dipilih bagi pelaksanaan Projek Tabika Transit Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam satu majlis yang diadakan di Berek Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Pelancaran serta perasmian projek rintis ini telah disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, PDRM menyambut baik dan menyokong penuh saranan pihak kerajaan agar KEMAS mewujudkan Tabika Transit KEMAS dengan masa operasinya bermula jam 1.00 petang sehingga 5.30 petang di mana ianya akan diuruskan oleh Jawatankuasa Aktiviti Tabika melalui kawalan dan pemantauan oleh pihak KEMAS.
Tambahnya lagi, inisiatif ini memberi satu kelegaan dan kemudahan kepada ibu bapa yang mencari tempat serta persekitaran yang sesuai bagi menempatkan anak-anak mereka sepanjang keberadaan mereka di pejabat sekaligus meningkatkan produktiviti kerja tanpa dihimpit kebimbangan mengenai keselamatan dan keselesaan anak-anak sepanjang berada di pusat asuhan tersebut.
“Selain berperanan sebagai sebuah transit yang selamat, ia juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi kanak-kanak yang merupakan bakal pewaris modal insan negara yang amat berharga,” ujarnya.
Sebanyak 27 buah Tabika KEMAS di seluruh Malaysia telah dipilih bagi pelaksanaan projek Tabika Transit pada tahun 2018 termasuk tiga di Putrajaya dan sebuah kelas pembelajaran di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur yang telah mula beroperasi seawal Januari lalu.
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Amiruddin Ariffin, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Puan Norison Ramli, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKLW, Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ketibaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Nyanyian lagu 'Negaraku'.
Persembahan 'coral speaking' daripada kanak-kanak Tabika KEMAS Bukit Aman.
antara pimpinan tertinggi PERKEP Jabatan yang hadir.
Persembahan 'coral speaking' daripada kanak-kanak Tabika KEMAS..
Antara pegawai kanan PDRM yang hadir.
Reaksi daripada persembahan 'coral speaking' daripada kanak-kanak Tabika KEMAS..
Antara yang hadir.
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan aturcara majlis pada hari ini.
Bacaan doa pembukaan majlis.
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ucapan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Perasmian Tabika Transit KEMAS oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun meluangkan masa bersama kanak-kanak Tabika Transit KEMAS Bukit Aman.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun meluangkan masa bersama kanak-kanak Tabika Transit KEMAS Bukit Aman.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob..