Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bukan Kes Judi Tapi Permainan Simulator

Diterbitkan: 29 Dec 2015 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Raub - Pihak polis menafikan terdapatnya aktiviti perjudian di daerah ini, sebaliknya dua buah mesin permainan simulator dirampas dalam serbuan dilakukan di sebuah premis di Taman Kenanga, jalan Lipis, di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bukan-kes-judi-tapi-permainan-simulator
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:02 MYT

Raub - Pihak polis menafikan terdapatnya aktiviti perjudian di daerah ini, sebaliknya dua buah mesin permainan simulator dirampas dalam serbuan dilakukan di sebuah premis di Taman Kenanga, jalan Lipis, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang awam dan intipan berterusan selepas pihaknya menerima aduan.

Bagaimanapun hasil siasatan meridapati, ia bukanlah aktiviti perjudian, sebaliknya sejenis mesin permainan simulator tidak berlesen.

"Ia sejenis permainan simulator tidak beroperasi secara atas talian, tetapi berfungsi menggunakan token yang dibeli pada harga tertentu.

"Permainan ini memerlukan tahap kemahiran iaitu semakin hebat dia bermain, semakin lama dia akan bertahan. Ia juga tidak melibatkan wang pertaruhan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Zahari berkata, pemilik premis berkenaan bakal dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah Seksyen 4 Enakmen Hiburan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 serta tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun.

Sumber: Sinar Harian

Bukan Kes Judi Tapi Permainan Simulator

ArtikelDiterbitkan 29 Dec 2015 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM