Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita

Published: 12 Jun 2014 3.06 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
Ceramah Gaya Hidup Sihat kali ini adalah lanjutan dari ceramah gaya hidup sihat yang bertajuk 'Pemakanan Sihat Mengawal Berat Badan' yang diadakan pada bulan Julai yang lalu dan Ia merupakan satu prog..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/budayakan-gaya-hidup-sihat-dalam-organisasi-kita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 05:33 MYT
Wartawan : L/Kpl Shareel bin Shahriman
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & Konst Iqbal
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo


BUKIT AMAN, 20 September - 'Prevent Is Better Than A Cure', ujar Y.Bhg Dr. Nik Ritza Kosai bin Nik Mahmood, Pakar Perunding Kanan Gastrointestinal dan Obesiti Surgeri PPUKM dalam ceramah beliau Obesiti.

Ceramah Gaya Hidup Sihat hari ini merupakan ceramah lanjutan yang bertajuk 'Pemakanan Sihat Mengawal Berat Badan' yang diadakan pada bulan Julai yang lalu.

Antara yang dikongsikan oleh Y.Bhg Dr. Nik Ritza Kosai adalah mengenai penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Obesiti seperti Intra Cranial Hypertension (pembengkakan otak),  Obstructive Sleep Apnoea (faktor mati di dalam tidur), Cardiovascular (salur darah tersumbat oleh kolestrol), Diabetis, Fatty Liver (hati dipenuhi lemak), Gastroesophageal Reflux (faktro kanser usus), Gall Bladder Disease (batu karang dalam hempedu), kanser dan sebagainya.

Program yang dijadualkan ini bagi memupuk kesedaran di kalangan warga PDRM agar dapat memberi tumpuan terhadap kerjaya sekaligus meningkatkan tahap prestasi serta kualiti kerja PDRM.

YDH Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh  YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menegaskan pengurusan diri, pemakanan dan pembudayaan gaya hidup sihat termasuk jadual bersenam adalah penting untuk mendapatkan kualiti hidup yang baik.

Antara yang hadir adalah YDY Penolong-penolong Pengarah Jabatan, Pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan Kakitangan Awam Bukit Aman.

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Pendaftaran peserta

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Turut hadir memberi sokongan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Bacaan doa...

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Ucapan YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Antara yang hadir

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Y.Bhg Dr. Nik Ritza Kosai bin Nik Mahmood, Pakar Perunding Kanan Gastrointestinal dan Obesiti Surgeri PPUKM dengan ceramah Obesiti

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Sesi soal jawab

Budayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Organisasi Kita
Penyampaian cenderahati kenangan
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.06 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM