Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Buat Laporan Polis Meskipun Kes Kecil

Published: 27 Aug 2014 5.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa meminta orang ramai khususnya penduduk kampung agar membuat laporan polis meskipun ia hanya melibatkan kes kecurian kecil di kawasan mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buat-laporan-polis-meskipun-kes-kecil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:48 MYT
Dungun, 27 Ogos - Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa meminta orang ramai khususnya penduduk kampung agar membuat laporan polis meskipun ia hanya melibatkan kes kecurian kecil di kawasan mereka.
Beliau berkata jika tidak dilapor, ia boleh membawa kepada perbuatan jenayah lebih besar.
"Walau kes kecil seperti kecurian kasut, kita tetap kena ambil serius. Mungkin pada asalnya penjenayah hanya mahu mencuri kasut. Tapi bila lihat pintu rumah tidak berkunci, mereka tidak akan melepaskan peluang yang terhidang," katanya kepada Bernama.
Jamshah berkata jika tiada laporan dibuat, pihak polis akan menganggap kawasan berkenaan adalah bebas jenayah dan selamat.
"Bila ada maklumat dan laporan, kita dapat membuat rondaan dan pemantauan di kampung terbabit sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah," katanya.
Beliau berkata beberapa program yang dilaksana bersama masyarakat seperti 1Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta 1Polis dan 1Masjid, dapat mengurangkan kadar jenayah di Terengganu.- BERNAMA
ArticlePublished 27 Aug 2014 5.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM