Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bual Bicara Ketua Polis Negara Di Tv3

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
YDH IGP Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan telah hadir program 'Bual Bicara' di Sistem Televisyen Malaysia (TV3) yang disiarkan secara langsung..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bual-bicara-ketua-polis-negara-di-tv3
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:11 MYT

Petaling Jaya - 5 Mac 2008. YDH IGP Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah hadir program 'Bual Bicara' di Sistem Televisyen Malaysia (TV3) yang disiarkan secara langsung pada 5 Mac, jam 9.00 malam. Rancangan ke udara selama 45 minit dan dikendalikan oleh Encik Zainal Ariffin di Studio A, TV3.

Topik yang diperkatakan ialah 'Persiapan SPR dan PDRM menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12'

Hadir sama di program tersebut ialah Y.Bhg. Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dalam 'Bual Bicara' tersebut, YDH Ketua Polis Negara memaklumkan, seramai 63,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah ditugaskan untuk memastikan kelancaran mengundi Pilihan Raya Umum Ke-12 berjalan lancar dengan aman dan selamat. Semua pengundi tidak perlu takut keluar mengundi pada 8 Mac 2008 ini dan pihak PDRM telah meningkatkan risikan keselamatan supaya tidak timbul perkara yang boleh mengugat ketenteraman awam semasa hari mengundi.

YDH Ketua Polis Negara juga berkata, PDRM memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menghalang orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi pada 8 Mac ini. Dua kesalahan paling penting semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah menghalang orang mengundi dan kedua, cubaan merasuah seseorang pengundi supaya mengundi calon atau diri sendiri.

Bual Bicara Ketua Polis Negara Di Tv3
YDH IGP Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama Encik Zainal Ariffin semasa 'Bual Bicara'

Bual Bicara Ketua Polis Negara Di Tv3
Y.Bhg. Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Pengerusi SPR bersama YDH IGP Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara sebagai tetamu 'Bual Bicara'

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM