Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bot Laju Bawa Pendatang Tanpa Izin Terbalik Ketika Elak Dita

Published: 18 Jun 2014 2.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Sandakan, 21 Okt - Sebuah bot laju membawa lima pendatang tanpa izin terbalik ketika dikejar bot peronda Pasukan Polis Marin di sungai Pitas Nunuyan Darat dekat sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bot-laju-bawa-pendatang-tanpa-izin-terbalik-ketika-elak-dita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT

Sandakan, 21 Okt - Sebuah bot laju membawa lima pendatang tanpa izin terbalik ketika dikejar bot peronda Pasukan Polis Marin di sungai Pitas Nunuyan Darat dekat sini hari ini.

Kelima-lima wanita Filipina berusia 24 hingga 36 tahun itu terhumban ke sungai dan diselamatkan anggota polis marin, manakala juragan bot melarikan diri.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata polis marin terserempak dengan bot laju itu pada pukul 12.45 pagi dan dipandu laju sebaik sahaja cuba dihampiri.

Juragan bot terjun ke sungai menyebabkan bot hilang kawalan lalu terbalik.

"Kesemua wanita itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati bot laju itu dalam perjalanan membawa masuk wanita berkenaan secara haram ke daerah ini.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM