Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bot Karam Operasi Kesan 23 Mangsa Yang Masih Hilang Disambu

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Belaga, 29 Mei - Gerakan mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat sini, diteruskan pagi ini bagi mengesan 23 mangsa yang masih hilang. Ketua Polis Daerah Belaga D..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bot-karam-operasi-kesan-23-mangsa-yang-masih-hilang-disambu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT
Belaga, 29 Mei - Gerakan mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat sini, diteruskan pagi ini bagi mengesan 23 mangsa yang masih hilang.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sabau berkata operasi yang bermula pukul 7 pagi tadi itu dilakukan oleh polis dengan kerjasama pasukan bomba dan penyelamat.

"Kita tumpukan di kawasan kemalangan iaitu di Jeram Tukok/Jeram Bungan. Pagi ini seramai 19 anggota polis dari Belaga, Kapit, Bintulu termasuk polis marin dan lima anggota bomba terlibat dalam operasi," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Bakar berkata anggota tambahan dari Unit Latihan Polis Kuching dijangka tiba tengah hari ini bagi membantu operasi itu.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi semalam, bot ekspres yang dipercayai membawa penumpang berlebihan karam di Jeram Tukok/Jeram Bungan ketika dalam perjalanan dari arah Bakun ke Terminal Bot Ekspres Sibu.

Ketika operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 9.30 malam tadi, polis mengesahkan 181 penumpang terselamat dan 23 masih hilang. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM