Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bom Mortar Ketika Op Daulat 2013 Ditemukan

Diterbitkan: 23 Aug 2018 1.29 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Lahad Datu, 23 Ogos 2018 - Sebutir bom dipercayai jenis mortar hasil peninggalan ketika per-tempuran menerusi Op Daulat 2013, ditemukan seorang pekerja ladang di Ladang Sahabat 17, Tungku dekat sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bom-mortar-ketika-op-daulat-2013-ditemukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

Lahad Datu, 23 Ogos 2018 - Sebutir bom dipercayai jenis mortar hasil peninggalan ketika per-tempuran menerusi Op Daulat 2013, ditemukan seorang pekerja ladang di Ladang Sahabat 17, Tungku dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun bom yang ditemukan pada pukul 7 pagi itu telah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang, kelmarin.

"Hasil siasatan mendapati bom berkenaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditemukan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Danial ketika berada di ladang tersebut.

"Bom itu juga dipercayai digugurkan sewaktu operasi menentang penceroboh di Kamika Op Daulat 2013 ditemukan di kampung Tanduo, di sini pada tahun 2013 dan tidak meletup " katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah menambah, pem-riksaan turut dijalankan di sekitar kawasan penemuan bom tersebut bagi tujuan keselamatan.

Sumber : Utusan Malaysia

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2018 1.29 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM