Artikel
Biro Sosial Perkep Lawat Syarikat Pengeluaran Makanan Segera
Batu Caves, 13 Ogos – Biro Sosial Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) Jabatan Pengurusan telah mengadakan program lawatan kerja ke sebuah syarikat penge...
Batu Caves, 13 Ogos – Biro Sosial Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) Jabatan Pengurusan telah mengadakan program lawatan kerja ke sebuah syarikat pengeluaran makanan segera, SHRF Food Industries Sdn. Bhd. di sini, pagi tadi.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Azizah Hamdi itu bertujuan menambahkan pengetahuan ahli-ahli PERKEP berkaitan produk makanan segera selain memperkenalkan wahana terbaik bagi membuka peluang meningkatkan pendapatan keluarga ahli persatuan.
Dalam lawatan tersebut, Pengarah Syarikat SHRF Food Industries Sdn. Bhd, Puan Rohani Haji Borhan turut memberi taklimat mengenai latar belakang syarikat, mempamerkan demonstrasi masakan serta berkongsi pengalaman sepanjang beliau berada dalam bidang tersebut.
Antara produk syarikat tersebut adalah Briyani Gam, ‘Primex Chocolate Moist’, kuah kari nyonya dan pelbagai pes yang telah dipasarkan di seluruh Malaysia dan ia juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Turut hadir dalam program, Naib Pengerusi I Jabatan Pengurusan, Datin Bedah Dollah, Naib Pengerusi II Datin Tuan Zainun Tuan Besar serta ahli-ahli PERKEP Jabatan Pengurusan.

Sesi Bergambar Kenangan bersama Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Azizah Hamdi..

Sesi menandatangani buku lawatan..

Demonstrasi masakan..