Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bilal Jumpa Mayat Bayi Dalam Kawasan Masjid

Published: 02 Sep 2016 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bentong- Bilal Masjid Kampung Baru di sini, tidak menyangka bungkusan kain ditemuinya di tempat mengambil wuduk masjid itu sebenarnya mengandungi mayat bayi perempuan yang cukup sifat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bilal-jumpa-mayat-bayi-dalam-kawasan-masjid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:50 MYT
Bentong- Bilal Masjid Kampung Baru di sini, tidak menyangka bungkusan kain ditemuinya di tempat mengambil wuduk masjid itu sebenarnya mengandungi mayat bayi perempuan yang cukup sifat. 

Katanya, sebaik membuka lampu untuk mengambil wuduk bagi melaungkan azan Subuh, beliau terkejut apabila melihat bungkusan itu membaluti seorang bayi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polls Daerah Bentong, Deputi Superintendan S Somu, berkata siasatan awal mendapati mayat bayi itu dipercayai ditinggalkan antara jam 10.30 malam kelmarin hingga 5 pagi semalam.

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang petanda atau nota dan pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek dipercayai meninggalkan bayi itu dalam keadaan hidup sebelum meninggal dunia. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong Asisten Superintendan Ashari Abu Samah di talian 09-2222222 atau 019 2166789.

"Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu yang dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sumber- Berita HarianBilal Jumpa Mayat Bayi Dalam Kawasan Masjid
ArticlePublished 02 Sep 2016 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM