Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bicara Ilmu Bersama Timbalan Kpn Rakyat Bersatu Negara Maju

Published: 26 Sep 2025 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 26 September 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menyampaikan ceramah dalam Majlis Bicara Ilmu: Rakyat Bersatu, Negara Maju yang berlangsung di Masjid Cyberjaya 10, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bicara-ilmu-bersama-timbalan-kpn-rakyat-bersatu-negara-maju
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT

Cyberjaya, 26 September 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menyampaikan ceramah dalam Majlis Bicara Ilmu: Rakyat Bersatu, Negara Maju yang berlangsung di Masjid Cyberjaya 10, di sini, malam tadi.

Ketibaan beliau sekitar jam 7.00 malam telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan bersama Ketua Baitulmal Zon Selatan, Majlis Agama Islam Selangor, Ustaz Muhammad Hilmi Jamaluddin, sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Dalam ceramah yang disampaikan, Tan Sri Ayob Khan menzahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi rakyat Malaysia hasil pengorbanan serta jasa pemimpin terdahulu. Beliau turut menekankan kepentingan penghayatan Rukun Negara, khususnya nilai kesopanan dan kesusilaan, di samping penerapan nilai keislaman iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fathonah dalam membentuk masyarakat yang harmoni.

Beliau turut menekankan isu hak asasi manusia, jenayah siber, rasuah, ajaran sesat dan ekstremisme merupakan antara cabaran utama yang digalas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi peneraju keselamatan negara. Justeru, PDRM sentiasa komited memastikan undang-undang ditegakkan serta segala bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam ditangani secara tegas, tuntas dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengurus Masjid Cyberjaya 10, Ustaz Hafizul Hakimi Harun, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, para pegawai PDRM serta barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir Masjid Cyberjaya 10.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 10 people and text

May be an image of 1 person

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and headscarf


ArticlePublished 26 Sep 2025 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM