Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Jpppw

Diterbitkan: 26 Sep 2025 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 25 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW), DCP Dato’ Aida Abdul Hamid di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-pengerusi-jpppw
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:12 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW), DCP Dato’ Aida Abdul Hamid di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini.

Sesi kunjungan hormat yang berlangsung kira-kira satu jam itu bertujuan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa JPPPW di samping merapatkan ukhuwah di antara JPPPW dan pucuk pimpinan tertinggi PDRM. Ia turut menjadi platform bagi membincangkan isu-isu semasa termasuk prospek dan peluang kerjaya wanita dalam PDRM.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Wong Ing Fung dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Saad.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin

May be an image of 1 person, the Oval Office, dais and text that says 'KHA @HA PORM'

May be an image of 4 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 8 people and text
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2025 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM