Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hari ini Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman telah menganjurkan P..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bicara-hijrah-hijrah-ke-arah-kebahagian-keluarga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT

Penulisan / Jurugambar : KPL Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor

27 November 2012, Bukit Aman – Hari ini Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman telah menganjurkan Program Bicara Hijrah yang bertajuk “Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga”.

 

Penceramah jemputan yang hadir Y.Bhg Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid dan Y.Bhg Ustazah Dato’ Siti Norbahyah bt. Mahmood merupakan pasangan suami isteri juga pengacara program rancangan Semanis Kurma TV9

 

Program dianjurkan bertujuan untuk memberi kefahaman tentang nilai-nilai Islam di samping menghayati sejarah hijrah Rasulullah S.A.W untuk diaplikasikan dalam diriseterusnya dapat meningkatkan integriti dan kualiti kehidupan berkeluarga.

 

Sempena tahun baru 1434 hijrah, program sihat seperti ini diharap dapat merealisasikan impian murni dan mulia ke arah mentranformasikan kehidupan keluarga muslim yang juga merupakan pemangkin kecemerlangan di dunia dan akhirat.

 

Antara yang hadir, YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan isteri Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Hajah Suriati bt. Ibrahim, YDH DIG Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran bin Ibrahim, YDH CP Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan isteri Datin Sri Puziah bt. Bahari, YDH Dato’ Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), Y.Bhg En. Mohammed bin Hassan, Pengurus Besar Operasi Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota PDRM dan kakitangan awam. 


Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Sesi pendaftaran.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Sesi pendaftaran.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Gandingan penceramah suami isteri.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Tetamu yang hadir.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Wakil jabatan dalam PDRM.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Wakil jabatan dalam PDRM.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Antara yang hadir.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Sesi soal jawab.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Sesi soal jawab.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Cenderahati kepada penceramah.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Cenderahati kepada wakil PPZ.
Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Gambar bersama penceramah.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM