Bicara Hijrah Hijrah Ke Arah Kebahagian Keluarga
Penulisan / Jurugambar : KPL Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
27
November 2012, Bukit Aman – Hari ini Bahagian Agama Dan Kaunseling
(BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman
telah menganjurkan Program Bicara Hijrah yang bertajuk “Hijrah Ke Arah
Kebahagian Keluarga”.
Penceramah jemputan yang hadir Y.Bhg Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid dan Y.Bhg Ustazah Dato’ Siti Norbahyah bt. Mahmood merupakan pasangan suami isteri juga pengacara program rancangan Semanis Kurma TV9
Program dianjurkan bertujuan untuk memberi kefahaman tentang nilai-nilai Islam di samping menghayati sejarah hijrah Rasulullah S.A.W untuk diaplikasikan dalam diriseterusnya dapat meningkatkan integriti dan kualiti kehidupan berkeluarga.
Sempena tahun baru 1434 hijrah, program sihat seperti ini diharap dapat merealisasikan impian murni dan mulia ke arah mentranformasikan kehidupan keluarga muslim yang juga merupakan pemangkin kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Antara yang hadir, YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan isteri Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Hajah Suriati bt. Ibrahim, YDH DIG Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran bin Ibrahim, YDH CP Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan isteri Datin Sri Puziah bt. Bahari, YDH Dato’ Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), Y.Bhg En. Mohammed bin Hassan, Pengurus Besar Operasi Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota PDRM dan kakitangan awam.

Sesi pendaftaran.

Sesi pendaftaran.

Gandingan penceramah suami isteri.

Tetamu yang hadir.

Wakil jabatan dalam PDRM.

Wakil jabatan dalam PDRM.

Antara yang hadir.

Sesi soal jawab.

Sesi soal jawab.

Cenderahati kepada penceramah.

Cenderahati kepada wakil PPZ.

Gambar bersama penceramah.