Ada kalanya, tugas seorang anggota polis bukan sekadar mengawal lalu lintas atau menguatkuasakan undang-undang, tetapi juga menghulurkan harapan ketika masyarakat berada dalam saat paling mencabar.
Semasa melaksanakan tugas rondaan cegah kemalangan di kawasan bandar Pasir Mas, anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bertindak pantas mengiringi sebuah kenderaan awam yang membawa seorang pesakit mengalami pendarahan serius ke Hospital Lati, Kelantan bagi memastikan mangsa menerima rawatan dengan segera.
Terima kasih kepada Sarjan Mejar Latifah Abdullah, Koperal Muhammad Khairul Mohd. Lazim, Koperal Muhammad Azmin Shammil Safaruddin dan Konstabel Muhammad Alif Mustaqim Morbe atas keprihatinan serta tindakan pantas yang mencerminkan nilai kemanusiaan dan dedikasi seorang anggota Polis Diraja Malaysia.
Sumber: PDRM PASIR MAS