
Artikel
Posting Pilihan Polis Ipd Jeli Ceriakan Murid Murid Tadika Naim Lil Aulad 07082026
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli berbesar hati menerima kunjungan 20 murid bersama dua guru pengiring dari Tabika Naim Lil Aulad dalam program lawatan...
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli berbesar hati menerima kunjungan 20 murid bersama dua guru pengiring dari Tabika Naim Lil Aulad dalam program lawatan sambil belajar ke IPD berkenaan.
Program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal mengenai tugas serta tanggungjawab warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping memperkenalkan kerjaya kepolisan dan memperkukuh hubungan antara polis dengan komuniti.
Sepanjang lawatan, murid-murid diberi taklimat ringkas serta berpeluang melihat aset dan kenderaan operasi yang digunakan dalam penugasan harian PDRM. Mereka turut diberi peluang menaiki kenderaan berkenaan sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran.
Sumber: Polis Daerah Jeli