Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi

Diterbitkan: 18 Jun 2026 7.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
Sumber video: TikTok Chefhero
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-yang-tua-dihormati-yang-muda-disayangi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:27 MYT
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Koperal Adnan Kuranding dan Lans Koperal Muhammad Afnan Rusli dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atas keprihatinan membantu seorang penunggang motosikal warga emas yang mengalami kerosakan motosikal di Jambatan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan, semalam.

Menyedari kesukaran yang dihadapi, kedua-dua anggota berkenaan segera tampil membantu dengan memeriksa motosikal tersebut sebelum berjaya menghidupkan semula enjin, sekali gus membolehkan warga emas itu meneruskan perjalanan pulang dengan selamat.

Sejajar dengan peribahasa “yang tua dihormati, yang muda disayangi”, tindakan kedua-dua anggota tersebut mencerminkan nilai keprihatinan serta semangat kemasyarakatan yang menjadi amalan warga Sang Saka Biru dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sumber video: TikTok Chefhero

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2026 7.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM