
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Potong Kawat Duri Sempadan
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Kota Bharu, 18 Jun 2026 - Tindakan terdesak sindiket penyeludupan menceroboh serta memotong kawat berduri jenis “concertina wire” di sempadan Malaysia - Thailand menjadi bukti jelas bahawa kumpulan jenayah itu semakin berani mencabar undang-undang dan pihak berkuasa negara.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, perbuatan khianat itu dilakukan secara sengaja oleh sindiket berkenaan meskipun mereka sedia maklum struktur halangan fizikal itu dipasang secara rasmi oleh pasukan keselamatan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.
Beliau berkata, hasil lawatan kerja sebelum ini mendapati terdapat empat lokasi di sepanjang jajaran kawat duri sejauh 1.5 kilometer dari Rantau Panjang ke arah Tumpat telah dipotong oleh kumpulan penyeludup.
"Polis mengambil tindakan pantas dengan membaiki semula semua struktur kawat duri yang rosak bagi memastikan benteng pertahanan sempadan negara tidak terus diceroboh.
"Susulan insiden sabotaj aset keselamatan negara itu, polis tidak membuang masa dan melancarkan tindakan penguatkuasaan bagi mengesan dalang yang terlibat dalam kegiatan khianat berkenaan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.