Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Tindakan Pantas Anggota Mpv Ipd Johor Bahru Utara Selamatkan Kanak Kanak Sesak Nafas

Published: 28 Jun 2026 1.01 PM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Ketika menjalankan rondaan pencegahan jenayah pada lewat malam, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara tampil menghulurkan bantuan kecemasan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami sesak nafas dan memerlukan rawatan segera.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-tindakan-pantas-anggota-mpv-ipd-johor-bahru-utara-selamatkan-kanak-kanak-sesak-nafas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT

Ketika menjalankan rondaan pencegahan jenayah pada lewat malam, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara tampil menghulurkan bantuan kecemasan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami sesak nafas dan memerlukan rawatan segera.

Anggota terbabit, Koperal Mohd Apandi Omar dan Lans Koperal Muhammad Jamil Mohamad Said bertindak pantas membawa kanak-kanak tersebut bersama ibu bapanya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan awal.

Keprihatinan serta tindakan segera yang ditunjukkan oleh kedua-dua anggota MPV ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

ArticlePublished 28 Jun 2026 1.01 PMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM