Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Terima Kasih Anggota Mpv Ipd Kota Kinabalu
Walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dan risiko bahaya, namun demi keselamatan pengguna jalan raya lain, tugas yang dipertanggungjawabk...
Walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dan risiko bahaya, namun demi keselamatan pengguna jalan raya lain, tugas yang dipertanggungjawabkan tetap dilaksanakan.
Itulah yang dilakukan oleh Sarjan Razaly Abdul Samad bersama rakan setugas Koperal Abdullah Bakir dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang sanggup mengalihkan serpihan berbahaya kerana menjadi halangan di Jalan Kampung Kopungit berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth 1, di sini ketika hujan lebat, Isnin lalu.
Semoga sifat yang ditunjukkan menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain. Terima kasih Sarjan Razaly dan Koperal Abdullah, anda memang warga Pasukan yang hebat!
Sumber: Twitter @emonkbah
