Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Sarjan Sanip Rindu Deruan Motosikal Trafik

Diterbitkan: 17 Sep 2021 8.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ayer Keroh, 17 September 2021 - “Paling saya rindukan kini ialah bunyi deruan motosikal trafik itu adalah kerinduan yang tidak dapat saya gambarkan.”
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-sarjan-sanip-rindu-deruan-motosikal-trafik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT
Ayer Keroh, 17 September 2021 - “Paling saya rindukan kini ialah bunyi deruan motosikal trafik itu adalah kerinduan yang tidak dapat saya gambarkan.”

Demikian luahan sebak anggota trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Sarjan Sanip Tukiman, 55, ketika mengimbau insiden menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat kemalangan ketika bertugas pada 2015 dan kini hanya menjalankan tugas pejabat.

Anak jati Batu Pahat Johor itu berkata, kemalangan berkenaan dialaminya selepas penugasan pagi di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 5 November 2015 ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat di IPK.

“Kejadian berlaku di hadapan Kompleks Mahkamah Syariah Ayer Keroh jam 8.20 pagi yang mana waktu itu saya sedang bekerja dan apabila melalui satu selekoh di Jalan MITC itu, saya terbabas merempuh tiang lampu jalan.

“Akibat kemalangan itu saya tidak sedarkan diri selama 16 hari dan pada hari ke-17 apabila sedar luluh hati ini bila melihat kaki kiri sudah tiada, doktor dan orang rumah (isteri) beritahu kaki saya sudah dipotong.

“Selain itu tulang kaki kanan patah empat selain saya juga mengalami pendarahan usus,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, Rabu.

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Sarjan Sanip Rindu Deruan Motosikal Trafik
ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2021 8.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM