Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Sifat Insani Anggota Urb Berjaya Selamatkan Anak Kucing Terperangkap Di Bawah Kenderaan
Keperibadian seseorang bukan sahaja dicerminkan melalui akhlaknya sesama manusia, tetapi juga apabila dihadirkan haiwan yang sedang dalam kesusahan.
Keperibadian seseorang bukan sahaja dicerminkan melalui akhlaknya sesama manusia, tetapi juga apabila dihadirkan haiwan yang sedang dalam kesusahan.
Tahniah diucapkan kepada Koperal Zakaria Abdul Jamil, Koperal Shamsul Bahari Abdullah, Koperal Yusshafizan Yaakob dan Lans Koperal Mohd Khir Saleh dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Sri Petaling, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atas keprihatinan mereka menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di bawah sebuah kereta di hadapan Kondominium Pinnacle, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Semoga sifat insani tersebut memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Malaysia untuk terus melakukan kebaikan kepada semua makhluk di dunia ini.
Sumber Video: Orang Awam
