Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan Kpn

Diterbitkan: 02 Apr 2024 1.57 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 2 April 2024 - Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-israel-pasangan-suami-isteri-berdepan-hukuman-mati-jika-sabit-kesalahan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 2 April 2024 - Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel telah memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

"Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-israel-pasangan...

May be an image of 2 people and text

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎POLIS DIRAJA MA BUKIT BUKITAMA AMA AP Pش‎'‎‎

May be an image of 1 person and text that says 'POLIS DIRAJA M BUKITAM AM AP tv'

May be an image of ‎7 people and ‎text that says '‎BAT MALAYSIA MAN AP MלM‎'‎‎
ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2024 1.57 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM