Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Diterbitkan: 29 Aug 2024 12.22 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber : Polis Daerah Kuala Krai
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-polis-dan-masyarakat-berpisah-tiada-20240829
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
VIDEO PILIHAN: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Bertepatan dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', keprihatinan dan amalan murni sering diterapkan dalam sanubari setiap warga Sang Saka Biru ketika melaksanakan tugas harian.

Itulah yang dilakukan oleh Koperal Mohd Zamzuri Che Ibrahim dan Koperal Mohd Syazwan Mat Nawi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, Kelantan, membantu seorang kelainan upaya yang mengalami kerosakan kenderaan (tayar pecah) ketika mereka sedang melakukan tugas rondaan di kaki lima Jalan Kampung Keroh Lama, Kuala karai, Kelantan, semalam.

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua anggota trafik yang segera menghulurkan bantuan menukarkan tayar tersebut bagi membolehkan individu berkenaan dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Sumber : Polis Daerah Kuala Krai

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2024 12.22 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM