Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Tidak Sekat Agensi Penguat Kuasa Siasat Pegawai Anggota Terlibat Rasuah Kpn
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menyekat mana-mana agensi terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyias...
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menyekat mana-mana agensi terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Beliau berkata hubungan antara PDRM dan SPRM sangat baik selain pihaknya akan memberi kerjasama dan membantu segala keperluan SPRM dalam membuat siasatan terutamanya yang terlibat dengan rasuah.
“Di PDRM, kita telah menyatakan bahawa anggota dan pegawai mesti mempunyai integriti. Oleh itu, kesemua pegawai dan anggota mesti mematuhi semua undang-undang yang ada di Malaysia dan segala peraturan pemerintah tetap KPN berkenaan displin dan juga tatakerja.
“Saya mengingatkan kepada semua anggota dan pegawai termasuk kepada diri saya sendiri supaya bertunjangkan kepada integriti dan tatakerja yang baik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan,
Sumber: BERNAMA
