Artikel
#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Parit Raja Ayer Hitam atas penghargaan yang dizahirkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kepada petugas...
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Parit Raja Ayer Hitam atas penghargaan yang dizahirkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kepada petugas Bantuan Sumber Manusia sempena Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 di daerah Batu Pahat.
Penghargaan tersebut menjadi suntikan semangat kepada warga PDRM termasuk bantuan sumber manusia dari seluruh kontinjen yang menggalas amanah dengan penuh dedikasi dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kelancaran proses demokrasi sentiasa terpelihara.
Selamat kembali ke formasi masing-masing kepada seluruh petugas yang menamatkan penugasan dan pulang hari ini. Jasa dan pengorbanan anda sentiasa dihargai! 
Sumber: Facebook Parit Raja Ayer Hitam
