Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Diterbitkan: 21 May 2026 9.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.55 PM
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Joshakha atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Unit Rondaan Bermotosikal, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, iaitu Koperal Muhammad Amirul Zainal Abidin dan Konstabel Muhammad Riezman Haqimi Jainudin yang membantu seorang individu mengalami kerosakan motosikal akibat kemalangan di Lebuh Utama Bandar Putra, Kulai, Johor, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260521
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:49 MYT

Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Joshakha atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Unit Rondaan Bermotosikal, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, iaitu Koperal Muhammad Amirul Zainal Abidin dan Konstabel Muhammad Riezman Haqimi Jainudin yang membantu seorang individu mengalami kerosakan motosikal akibat kemalangan di Lebuh Utama Bandar Putra, Kulai, Johor, semalam.

Anggota yang melalui lokasi kejadian telah bertindak pantas menyalurkan bantuan dengan mengiringi motosikal tersebut ke bengkel.

Penghargaan ini diharap terus menyuntik semangat kepada warga Sang Saka Biru untuk melaksanakan amanah dengan komited demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber video: TikTok Joshakha

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM


ArtikelDiterbitkan 21 May 2026 9.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.55 PM