Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260503

Published: 03 May 2026 7.03 AM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Penghargaan ini lahir daripada tindakan pantas anggota terlibat yang tanpa berlengah tampil mengalihkan tiang lampu isyarat yang tumbang dan pecah di atas jalan raya akibat hujan lebat serta ribut berhampiran persimpangan lampu isyarat Jasin Bistari, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260503
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:40 MYT
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pemilik akaun Facebook MelakaExplorer atas rakaman dan penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.

Penghargaan ini lahir daripada tindakan pantas anggota terlibat yang tanpa berlengah tampil mengalihkan tiang lampu isyarat yang tumbang dan pecah di atas jalan raya akibat hujan lebat serta ribut berhampiran persimpangan lampu isyarat Jasin Bistari, semalam.

Di saat orang lain mungkin memilih untuk berlindung, mereka memilih untuk tampil ke hadapan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Tindakan penuh keprihatinan ini bukan sahaja mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi, malah menjadi bukti bahawa PDRM sentiasa komited dalam menjaga keselamatan dan kebajikan masyarakat, walau dalam apa jua keadaan. Kepercayaan masyarakat bukan dibina dengan kata-kata, tetapi melalui tindakan seperti ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anggota terlibat. Jasa kalian mungkin tidak diminta, namun amat bermakna dan akan sentiasa dikenang.

Sumber: Facebook MelakaExplorer

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260503
Pautan Video:
https://www.facebook.com/reel/1696453631547194
ArticlePublished 03 May 2026 7.03 AMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM