Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Op Selamat 23 Yang Muda Disayangi Dan Yang Tua Dihormati
Yang muda disayangi dan yang tua dihormati, itulah cerminan nilai murni yang ditunjukkan oleh wira-wira Sang Saka Biru di lapangan. Dalam kesibukan menjalankan...
Yang muda disayangi dan yang tua dihormati, itulah cerminan nilai murni yang ditunjukkan oleh wira-wira Sang Saka Biru di lapangan. Dalam kesibukan menjalankan Op Selamat Tahun Baharu Cina, Inspektor Mohd Fitri Azmi, Koperal Mohd Hirrulfitri Mohamad Yusup dan Koperal Ahmad Azri Azman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian telah menahan seorang warga emas berbangsa Cina yang menggunakan topi kaledar lusuh dan membahayakan keselamatan.
Berikutan kekangan kewangan yang dihadapi oleh warga emas tersebut untuk membeli topi kaledar yang baharu, Inspketor Mohd Fitri, Koperal Mohd Hirulfitri dan Koperal Ahmad Azri telah menyampaikan topi kaledar yang diedarkan kepada Polis Diraja Malaysia di atas sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Dato' Hj Jefridin Hj. Atan bagi projek kempen keselamatan jalan raya.
Meskipun sumbangan yang disampaikan kecil, ia mampu menceriakan warga emas tersebut di atas keprihatinan warga Pasukan sesuai dengan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Sumber: Tango.3.Pontian
