Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Op Selamat 21 Walau Bantuan Sekecil Zarah Namun Besar Makna Kepada Yang Memerlukan
Sumber: Tiktok Nazreen Nasharuddin
Syabas buat anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Sarjan Azrizal Che Rahim, Lans Koperal Mohamad Zafri Rusli, Konstabel Wan Muhamad Amirul Wan Azrul dan Konstabel Muhamad Nur Iman Mohd Kamaruddin yang prihatin dengan nasib menimpa orang awam yang kehabisan minyak motosikal di Lebuhraya Damansara Puchong, Selangor.
Konstabel Muhamad Nur Iman telah membantu menunda motosikal tersebut sehingga ke stesen minyak berdekatan dengan selamat.
Sikap ini wajar dijadikan contoh kepada semua warga Sang Saka Biru bertepatan dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
Sumber: Tiktok Nazreen Nasharuddin
