Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Keselamatan Pengguna Jalan Raya Diutamakan
Setiap warga Polis Diraja Malaysia telah dilatih agar sentiasa bersedia untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dalam apa jua situasi yang dihadapi bagi...
Setiap warga Polis Diraja Malaysia telah dilatih agar sentiasa bersedia untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dalam apa jua situasi yang dihadapi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kekal terpelihara.
Demikianlah tindakan yang dilakukan oleh anggota Peronda Lebuh Raya (EMPV), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Sarjan Mejar Ruhaizad Abd Latif yang memberi bantuan awal memadam kebakaran sebuah lori kontena di kilometer 20.5 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam.
Syabas dan terima kasih diucapkan buat anggota yang terlibat. Semoga ia menjadi teladan dan inspirasi buat semua khususnya warga Sang Saka Biru.
