Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Polis Tampil Bersihkan Halangan Di Atas Jalan Demi Keselamatan Awam

Published: 20 Jun 2026 12.02 PM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Sarjan Moses Nyandit daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching atas keprihatinan serta tindakan pantas yang ditunjukkan dalam membersihkan sisa simen yang bertaburan di atas Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-anggota-polis-tampil-bersihkan-halangan-di-atas-jalan-demi-keselamatan-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:40 MYT

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Sarjan Moses Nyandit daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching atas keprihatinan serta tindakan pantas yang ditunjukkan dalam membersihkan sisa simen yang bertaburan di atas Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak pagi tadi.

Ketika menjalankan rondaan rutin, anggota bertugas mengesan kewujudan simen di atas permukaan jalan yang berpotensi mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Tanpa berlengah, beliau bersama orang awam yang berada di lokasi segera berganding bahu membersihkan halangan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini serta memastikan perjalanan pengguna jalan raya berjalan lancar.

Tindakan pantas dan keprihatinan yang ditunjukkan mencerminkan komitmen warga Sang Saka Biru dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Sumber: Facebook Sarawak Roads Update

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Polis Tampil Bersihkan Halangan Di Atas Jalan Demi Keselamatan Awam


ArticlePublished 20 Jun 2026 12.02 PMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM