Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Lelaki Ditahan Simpan 10 Tenggiling Hidup Gading Gajah

Diterbitkan: 21 Jun 2026 2.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
Kinabatangan, 21 Jun 2026 - Seorang lelaki warga Filipina ditahan selepas didapati menyimpan 10 ekor tenggiling hidup dalam pemeriksaan di sebuah ladang di Kampung Paris 3 di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-lelaki-ditahan-simpan-10-tenggiling-hidup-gading-gajah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Kinabatangan, 21 Jun 2026 - Seorang lelaki warga Filipina ditahan selepas didapati menyimpan 10 ekor tenggiling hidup dalam pemeriksaan di sebuah ladang di Kampung Paris 3 di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilakukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 15 di pintu masuk Tye Yang Plantation di sini, kira-kira jam 8.30 malam.

Turut ditemui adalah dua bungkusan plastik mengandung sisik tenggiling dianggarkan seberat sembilan kilogram, selain satu batang disyaki gading gajah.

Pengarah JHL Mohd Soffian Abu Bakar berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana memiliki secara haram hidupan liar dan bahagiannya yang dilindungi sepenuhnya.

“Kesemua hidupan liar dan bahagiannya dirampas. Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text

ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2026 2.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM