Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Ipd Serdang Bantu Alih Kenderaan Rosak

Diterbitkan: 25 Jun 2023 6.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.23 PM
Sumber video: Polis Daerah Serdang
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-anggota-ipd-serdang-bantu-alih-kenderaan-rosak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:32 MYT
Polis Diraja Malaysia sentiasa memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selain akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Begitulah sikap yang ditonjolkan oleh Koperal Mohd Ali Kammak dengan Koperal Sokongan Azizul Safwan Ulul Azmi dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang yang pantas menghulurkan bantuan mengalihkan sebuah kereta yang rosak ke tempat yang lebih selamat.

Kenderaan yang dipandu seorang wanita itu dikesan mengalami kerosakan dan menghalang lalu lintas ketika kedua-dua anggota terbabit melakukan rondaan di sekitar Lebuhraya Besraya, Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Sumber video: Polis Daerah Serdang

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Ipd Serdang Bantu Alih Kenderaan Rosak
ArtikelDiterbitkan 25 Jun 2023 6.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.23 PM